Sinopsis Setiap Bab Novel
“Perlumbaan Kedua”
Bab
Satu
Pada satu pagi yang cerah, Sang Arnab Putih
melompat ke sana ke sini dengan tangkas. Sang Kancil memuji Sang Arnab Putih
tetapi menyindir akan kekalahan nenek moyang Sang Arnab Putih dalam perlumbaan
dengan kura-kura suatu masa dahulu. Sang Kancil menyuruh Sang Arnab Putih berlumba
sekali lagi dengan kura-kura. Sang Arnab Putih bersetuju dan menyuruh Sang
Kancil mengatur perlawanan tersebut. Sang Arnab Putih juga mengenakan tiga
syarat iaitu keputusannya muktamad dan tiada lagi perlumbaan ketiga, perlawanan
diadakan di darat dan seluruh warga rimba mesti menjadi saksi perlumbaan
tersebut.
Bab Dua
Sang Kancil memberitahu Sang Murai
bahawa dia sedang mencari kura-kura. Kebanyakan binatang di dalam hutan gembira
apabila mengetahui arnab akan berlumba sekali lagi dengan kura-kura. Sang Tupai
dan Sang Murai menyindir kebodohan Sang Kancil yang tidak tahu di mana
kura-kura berada pada musim panas seperti sekarang.
Bab
Tiga
Setelah mengumpulkan seluruh kaumnya.
Sang Arnab Putih menyatakan hasratnya ingin berlumba sekali lagi dengan
kura-kura. Pada peringkat awal, ada yang membantah tetapi akhirnya bersetuju apabila
Sang Arnab Putih ingin menebus maruah kerabatnya. Tempat perlumbaan yang bakal
diadakan dipertikaikan oleh Bapa Arnab. Penentuan calon pelumba yang akan
berlumba dengan arnab akan ditentukan oleh Bapa Arnab.
Bab
Empat
Setelah sampai ke tempat kura-kura, Sang
Kancil memaklumkan kepada kura-kura berdada bintik tentang hasratnya untuk
berjumpa Tuk Kura. Walaupun berasa haira ntentang tujuan dan muslihat Sang
Kancil untuk bertemunya, Tuk Kura tetap ingin bertemu Sang Kancil di tempat
yang dijanjikan.
Bab
Lima
Kelewatan Tuk Kura menyebabkan Sang
Kancil berasa rimas. Tuk Kura menjelaskan kelewatannya adalah kerana perlu
melarang anak cucunya bertemu dengan Sang Kancil kerana Sang Kancil suka menipu
dan memperdaya. Sang Kancil menyatakan hasrat Sang Arnab Putih yang ingin
berlumba dengan kura-kura. Sang Kancil juga menyatakan bahawa dia yang mencabar
Sang Arnab Putih agar berlumba dengan Tuk Kura kerana melihatkan ketangkasan
Sang Arnab Putih. Tuk Kura enggan berlumba dan meminta agar Sang Kancil sahaja
yang berlumba dengan arnab. Sang Kancil enggan dan menyatakan bukan dia yang
kalah dalam perlumbaan terdahulu. Sekiranya kura-kura enggan berlumba, seluruh
kura-kura diminta berkumpul dan mengaku kalah. Syarat-syarat pertandingan
tersebut adalah mesti diadakan di darat dan cara berlumba adalah bebas. Tuk
Kura menyatakan keinginannya bertemu dengan Sang Arnab Putih di padang rumput
di kaki bukit pada keesokan hari. Semua binatang dikehendaki berkumpul untuk
mendengar syarat-syarat pertandingan.
Bab
Enam
Sang Kancil berasa risau kalau-kalau dia
tidak sempat memberitahu Sang Gajah, Sang Belang dan Sang Kerbau tentang
pertemuan di Bukit Batu esok. Sang Murai datang dan berjanji akan menolong Sang
Kancil. Sementara itu, Tuk Kura mengajak cucu-cicitnya ke Bukit Batu petang itu
juga supaya boleh sampai di bukit tersebut esok pagi. Sambil berjalan, mereka
boleh memilih tempat perlumbaan yang sesuai.
Bab
Tujuh
Sang Kancil bangun awal kerana hendak
memberitahu Sang Arnab Putih tentang perjumpaan di Bukit Batu yang diminta oleh
Tuk Kura. Sang Gajah memberikan amaran kepada Sang Kancil supaya pertandingan
itu dijalankan secara adil. Sementara itu,semua binatang pergi ke Bukit Batu.
Bab
Lapan
Kumpulan arnab sudah sampai di Bukit Batu.
Mereka berbincang dan merancang untuk mengenakan syarat-syarat yang longgar supaya
kura-kura tertarik untuk berlumba. Sementara itu, rombongan kura-kura telah
sampai di tepi padang sebelah timur. Semua binatang pula duduk berehat sambil
menunggu ketibaan kura-kura yang berjalan perlahan.
Bab
Sembilan
Ketibaan Tuk Kura dan cucu-cicitnya
disambut mesra oleh Sang Gajah. Sang Gajah membenarkan Tuk Kura berehat kerana kepenatan.
Tuk Kura menyatakan bahawa mereka memulakan perjalanan sejak petang semalam dan
terpaksa bermalam di Padang Teberau. Sang Arnab Putih berasa geli hati kerana
tempat tinggal kura-kura sebenarnya tidaklah jauh sangat. Semua binatang
bersetuju Sang Gajah menjadi hakim. Tuk Kura meminta Sang Arnab Putih menyatakan
syarat-syarat pertandingan dengan jelas supaya didengar oleh binatang lain. Syarat
pertama, perlumbaan itu merupakan perlumbaan yang terakhir sehingga hari kiamat.
Syarat kedua, perlumbaan mestilah diadakan di darat. Selain itu, Sang Arnab Putih
menyatakan bahawa pertandingan itu boleh berlangsung secara bebas sama ada berjalan,
menghambur, berlari, atau menggolek. Tuk Kura bersetuju untuk bertanding dengan
Sang Arnab Putih. Tuk Kura menetapkan perlumbaan diadakan di lereng bukit yang berbatu-batu
.Sang Gajah mengumumkan pertandingan akan diadakan dalam tempoh dua bulan lagi.
Bab
Sepuluh
Selepas syarat pertandingan diumumkan, semua
binatang bersurai.T uk Kura dan cucu-cicitnya menuruni bukit sambil memeriksa
lereng bukit yang dijadikan tempat perlumbaan. Sang Kancil khuatir jika
kura-kura yang lain tidak bersetuju kerana Tuk Kura hanya datang bersama dengan
empat ekor cucunya. Tuk Kura bercadang mahu mengumpulkan seluruh kura-kura bagi
memilih wakil.
Bab
Sebelas
Bapa Arnab meminta Sang Gajah memotong
pokok-pokok renek di lereng bukit kerana khuatir kura-kura akan menggunakan
muslihatnya. Tambahan pula, sekiranya rumput dan pokok dipotong, perlumbaan itu
dapat dilihat dengan jelas. Sang Gajah memenuhi permintaan itu tetapi meminta
Sang Arnab Putih memberitahukan hal itu kepada Tuk Kura.
Bab
Dua Belas
Sang Murai menyampaikan permintaan Bapa
Arnab kepada Tuk Kura. Tuk Kura tidak membantah sekiranya rumput dan pokok renek
dipotong.
Bab
Tiga Belas
Bapa Arnab berasa hairan kerana Tuk Kura
tidak membantah. Bapa Arnab khuatir Tuk Kura akan menggunakan kebijaksanaannya
dalam perlumbaan itu. Sang Arnab perlu mengadakan persiapan yang rapi. Sang
Tedung pula telah dipilih untuk mengintip segala pergerakan Tuk Kura.
Bab
Empat Belas
Sang Tikus ditugasi membersihkan kawasan
di lereng bukit. Pada waktu tengah hari, lereng bukit itu sudah kelihatan gondol.
Sang Murai pula sibuk memberitahu semua kaum kura bahawa Tuk Kura mahu bertemu
dengan mereka. Sang Tedung memberikan laporan bahawa anak kura mencuba membolos
di bawah batang pokok yang tumbang dan meneliti kederasan air sungai.
Bab
Lima Belas
Kumpulan arnab membuat pertandingan
untuk memilih wakil yang akan bertanding dengan kura-kura. Sang Arnab Putih memenangi
pertandingan itu dan menjadi wakil kaumnya.
Bab
Enam Belas
Tuk Kura mengadakan perjumpaan dengan
kura-kura lain. Kebanyakan mereka menyalahkan Tuk Kura kerana bertindak
terburu-buru. Tuk Kura memujuk mereka kerana hanya seekor kura-kura yang akan
dipilih untuk bertanding. Setelah membuat pemilihan selama sehari suntuk, Tuk
Kura memilih sepuluh ekor kura-kura yang akan dilatihnya.
Bab
Tujuh Belas
Sementara itu, Sang Arnab Putih menyuruh
Sang Tedung menghasut kura-kura yang dipilih supaya jangan bertanding.Tuk Kura
pula menyuruh pelatih-pelatihnya meniti batu hampar yang licin .Sang Kura Rimba
enggan mematuhi arahan Tuk Kura lalu mengajak kawan-kawannya pulang. Tambahan
pula, Sang Tedung telah menghasutnya supaya meninggalkan Tuk Kura.
Bab
Lapan Belas
Sang Tedung bercerita tentang latihan
yang diberikan oleh Tuk Kura. Sang Tedung menyatakan rasa hairannya dengan tindak-tanduk
Tuk Kura, terutamanya apabila Tuk Kura lansung tidak menunjukkan rasa bimbang.
Bab
Sembilan Belas
Beratus-ratus suku-sakat kura-kura telah
mengepung tempat Tuk Kura. Mereka menuduh Tuk Kura mendera anak mereka yang terpilih
sebagai pelatih. Sebagai balasan, mereka memaksa Tuk Kura meniti batang
berulang kali. Selepas itu, Tuk Kura dipaksa meniti batu hampar sehingga
menjadi lemah tidak bermaya. Tuk Kura meminta cucunya menghantarnya ke bukit selatan
kerana dia mahu bertapa bersendirian.
Bab
Dua Puluh
Sang Murai membawa berita yang
menggemparkan, iaitu Tuk Kura telah hilang. Sang Gajah, Sang Belang dan Sang
Kerbau berbincang untuk mencari jalan penyelesaian. Sang Tedung memberitahu
bahawa Tuk Kura telah dibelasah oleh suku-sakatnya. Bapa Arnab mendesak bahawa
jika Tuk Kura tidak muncul pada hari pertandingan, Tuk Kura mesti mengaku kalah
dan dihukum. Semua binatang pun pergi ke paya dan memberikan amaran bahawa
sekiranya Tuk Kura tidak berlumba atau tidak mahu mengaku kalah, semua
suku-sakat kura-kura akan dipijak oleh Sang Gajah.
Bab
Dua Puluh Satu
Pada hari perlumbaan, banyak binatang
yang berkumpul di Bukit Batu. Sebaik sahaja Sang Gajah bertempik menandakan perlumbaan
dimulakan, Sang Arnab Putih pun menghambur. Tuk Kura pula melambungkan dirinya
dan jatuh di atas batu pejal dan seterusnya melambungkan dirinya lagi setiap
kali dia jatuh di atas batu pejal yang lain. Sang Arnab Putih menghambur sekuat
hati tetapi gagal mengejar Tuk Kura. Akhirnya Tuk Kura melantunkan diri ke
garisan penamat untuk memenangi perlumbaan itu. Bapa Arnab membantah kerana Tuk
Kura tidak berlari. Sang Gajah menolah bantahan itu kerana Sang Arnab Putih
sendiri menetapkan bahawa cara perlumbaan adalah bebas. Sang Arnab Putih
mencabar supaya perlumbaan ketiga diadakan, namun ditolak oleh Sang Gajah
kerana perlumbaan kedua adalah yang terakhir .Tuk Kura dijulang oleh suku-sakatnya
sebagai hero yang telah mempertahankan maruah mereka.
Sekian, terima kasih. Harap menikmati novel ini... =)
saya juga mengkaji novel ini... ya, tidak dapat diakui lagi bahawa novel ini sangat menarik dan mempunya nilainya yang tersendiri... sesiapa boleh membacanya, bukan untuk pembelajaran juga boleh...
ReplyDelete