Buat refleksi Introspektif Perkembangan Tahap Kompetensi
Kecerdasan Emosi Diri sekiranya anda berada dalam situasi atau konflik yang
dihadapi oleh watak dalam novel yang anda pilih.
Novel yang telah saya pilih ialah
“Perlumbaan Kedua”. Watak utama dalam novel ini ialah Tuk Kura. Tuk Kura telah
mengalami kekangan dalam usaha untuk melatih suku-sakatnya menyertai Perlumbaan
Kedua. Tuk Kura dianggap sedang menyeksa suku-sakatnya ketika dia berusaha
memberikan latihan kepada para pelatihnya di tebing sungai. Suku-sakat Tuk Kura
juga mempunyai salah faham terhadap Tuk Kura setelah dihasut oleh Sang Tedung.
Akibatnya, Tuk Kura telah didera oleh suku-sakatnya dan terpaksa menyembunyikan
diri untuk menjalani latihan, seterusnya menyertai perlumbaan itu sendiri walaupun
telah berusia.
Sekiranya saya berada dalam situasi yang
disalahfahami oleh orang lain, saya akan mencari punca masalah berlaku terlebih
dahulu. Saya akan mencari maklumat dan punca khabar angin itu serta
mentafsirkan maklumat yang didapati supaya lebih memahami seluruh masalah itu.
Saya akan mendapatkan maklumat daripada pelbagai jenis sumber seperti sumber
manusia. Selepas itu, saya akan menentu dan menyusun maklumat yang didapati
supaya tidak berlaku huru-hara dan tidak tercicir maklumat yang dikumpul. Semua
maklumat yang dicari perlulah diproseskan dengan tersusun dan teliti untuk
memudahkan langkah penyelesaian masalah saya.
Seterusnya, saya akan cuba dengan sedaya
upaya untuk mencari hubungan yang berkaitan dengan kesalahfahaman itu berlaku.
Saya akan mengingat semula perkara-perkara yang pernah berlaku, sama ada saya
keterlanjuran kata atau membuat perlakuan yang tidak disenangi oleh orang lain
sehingga berlaku kesalahfahaman ini.
Seterusnya, saya akan berfikir dengan
kritis dan kreatif untuk mendapatkan hipotesis masalah tersebut. Hipotesis ini
dapat mengiring saya ke arah jalan penyelesaian masalah. Kemudian, saya akan
mencari pelbagai kemungkinan tentang jalan penyelesaian masalah seperti membuat
penerangan kepada orang lain tentang kesalahfahaman itu dan mengubah sikap saya
yang telah menyinggung perasaan orang lain. Akhirnya, saya akan menilai jalan
penyelesaian saya dengan penggunaan pemikiran refleksi untuk membuat keputusan
atau menetapkan tindakan yang perlu diambil. Semua langkah ini amat penting
kerana akan mempengaruhi situasi yang saya alami.
Kita perlulah sentiasa menjaga
keterampilan diri dan tingkah laku kita kerana setiap orang mempunyai perasaan
dan emosi sendiri. Kita tidak dapat mengamal perasaan dan emosi orang lain
tetapi kita boleh mengawal emosi dan segala tindakan kita untuk mengelakkan
berlakunya perkara yang tidak menyenangkan. Kita juga perlu berfikiran
rasional, mengambil tindakan yang wajar dan berusaha menyelesaikan masalah yang
dihadapi. Selain itu, kita juga tidak patut dihasut oleh orang lain dan mudah
mempercayai khabar angin yang didapati supaya tidak berlaku kesalahfahaman.
Segala tindakan ini perlu dilakukan dengan baik untuk menjamin kehidupan yang
harmoni dan sejahtera.
No comments:
Post a Comment